Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope in New Malaysia

Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope in New Malaysia (Bahasa Melayu: Kelahiran Semula: Reformasi, Tentangan dan Harapan di Malaysia Baharu) ialah sebuah buku Malaysia 2020 suntingan Kean Wong terbitan Gerakbudaya. Buku ini memuatkan tulisan dan rencana oleh pelbagai pengarang ketika pilihan raya umum Malaysia 2018 (PRU-14) dan hala tuju Malaysia selepasnya.Selepas kulit depan buku ini tular di media sosial, buku tersebut mendapat kecaman kerana rekaan kulitnya yang memaparkan sebuah lambang yang mirip jata negara Malaysia yang telah diubah suai dengan perubahan yang dianggap menghinakan.[1] Ekoran ini, beberapa badan bukan kerajaan dan ahli politik telah membuat laporan dan menggesa tindakan tegas dikenakan kepada pihak yang berkaitan.[2] Pada 1 Julai 2020, Rebirth telah diharamkan dari edaran.[3][4]

Rujukan

WikiPedia: Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope in New Malaysia http://malaysiainstitute.anu.edu.au/publication/bo... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/hina-jat... //www.worldcat.org/oclc/1140367666 https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1855571 https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1855964 https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1856097 https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1856722 https://www.chanhori.com/telling-tales https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/... https://www.gerakbudaya.com/rebirth-reformasi-resi...